Sunday, 28 August 2016

Pemergian Runner Haraki Pahang


Seorang sahabat yang berasal dari Kg Awah, Chenor Pahang. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Agama Islam Chenor. Menyambung pelajaran ke USIM.. Beliau baru sahaja tamat belajar di USIM. Lahir pada tahun 1993 dan telah meninggal dunia pada 28.8.2016. Pemergian beliau ditangisi oleh anak-anak gerakan pemuda khususnya.


Copy and Paste article dibawah ini:-

SAIFUL AZIM DALAM KENANGAN

Dia dan Perjuangan

Dewan Pemuda PAS Pahang merakamkan sekalung takziah kepada ahli keluarga, saudara mara dan teman-teman karib di atas pemergian Al-Marhum Saiful Azim. Pemuda PAS Pahang amat terasa kehilangan seorang anak muda yang istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayatnya. Beliau adalah produk kader tarbiyah semenjak alam remajanya. Amilin dan kepimpinan di alam kampusnya. Aktivis ARC, Amal dan pemuda. Penggerak sektor tarbiyah di peringkat menengah dan rangkaian anak-anak Pahang di kampus. Sentiasa ceria dan ringan tulang. Sewaktu praktikal di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, kelibatnya sentiasa berada di pejabat perhubungan PAS Pahang, Kompleks Istiqamah Temerloh dan Markas Darul Amin Sungai Gau bersama rakan karibnya Mat Azahar, SUK Dewan Pemuda PAS Pahang. Tenaga anak muda yang berpotensi sepertinya sudah pasti menjadi tumpuan dan rebutan organ jamaah samaada pemuda negeri, pemuda kawasan, lajnah-lajnah di bawah pemuda serta Dewan Ulama' juga dimaklumkan berhasrat ingin menyunting beliau sebagai jentera muda ulama'.

Aku dan Dia

Sangat rapat dengannya. Sangat rapat. Dia antara yang banyak menemaniku dalam pemusafiran. Kami berkongsi banyak cerita dan pengalaman. Dia juga banyak merujukku dalam pelbagai perkara, urusan dan isu. Di pagi hari kemalangannya dia ada berwhatsapp meminta point-point penting untuk kuliah maghribnya pada malam itu. Kemalangan itu berlaku dalam perjalanannya menuju ke kuliah maghrib di masjid Temerloh tersebut. Sudah terlalu banyak catatan teman-teman karibnya tentang dia di fb semenjak pagi tadi. Allah sahaja yang mengetahui betapa sebaknya dada kami dengan pemergiannya. Sangat terasa kehilangannya. Kami pasti akan merinduinya.

Semoga Allah merahmati dan mengampuni al marhum di alam sana. Sahabat-sahabatku... banyakkan berdoa semoga dia tenang dan selamat di sana. Ya Allah, berat betul perpisahan ni... namun kami pasrah dengan ucapan
 إنا لله و إنا إليه راجعون

Thursday, 18 August 2016

Cara Download Software

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Hari ni ingin aku kongsikan kepada pembaca iaitu cara untuk download software melalui youtube. Antara sebab aku kongsikan caranya melalui youtube adalah kerana kebanyakan akan ade link di bawah video dari tutorial,

Pembaca boleh tengok gambar dibawah ni


Perhatikan gambar di atas ni.
Mula-mula kamu bukak dulu youtube dan search kat dalam kotak yang aku merahkan. apa yang perlu di search? kamu search software yang kamu inginkan. contoh yang aku nak adalah software illustrator. Sebelum tu aku nak terangkan sedikit mengenai istilah "crack"..

Aku pon tak tahu sangat maksud sebenar die dalam bahasa melayu. cumanya aku konsikan dulu, lepastu kamu akan tahu sendiri.

Setiap software adalah berharga. Dan jika kamu dapat download sofware dan install ke laptop maka pasti ade tempoh selama sebulan sahaja untuk kamu gunakan. Dan kadang-kadang die mintak serial  number (password) untuk kamu buka software tersebut.

Jadi "crack" adalah cara untuk kita gune software untuk selama-lamanya tanpa ade batasan masa seperti sebulan dan sebagainya. pahamkan maksud crack?

Jadi kita sambung semula..
Apa yang kamu perlu taip di kotak seacrh? kamu tulis nama software yang kamu nak dan tambah sedikit ayat seperti "how to download free ......(nama software) carck"/ ........(nama software) crack dan sebagainya. cuma aku syorkan kamu search  dalam bahasa inggeris sebab kebanyakan yang ade orang putih yang buat..

Seterusnya...

Setelah kamu tulis pada kotak seacrh tu, maka kamu buleh layan video tu dulu..
Setelah habis maka kebiasaan die akan kasi link software tersebut di bawah seperti di dalam kotak merah yang aku kotakkan ia. kamu tekan link tu dan akan ada iklan dan kamu tekan skip sekira ade.

sekian..

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta


سأقبل يا خالقى من جديد
كما أنت منى إلهى تريد
وأرجو إذا أنت تقبلنى
جنان الخلود ومنك المزيد
عصيتك ربى فأمهلتني
وتسترنى رغم انى عنيد
لأنك ربي غفور ودود
رحيم بكل الورى والعبيد
أتيتك يا خالقى باكيا
ودمع الاسي كل حين يزيد
فقد قلت فى الآي لاتقنطو
وان تعفو عنى فذا يوم عيد
ساترك يا ربي ذنبا مضى
واقبل نحو الرضا والنعيم
أُحِبكَ ربي وهذا رجاي
😭😭😭😭😭😭😭😭😭

" Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta..
Sebagaimana yang Engkau inginkan duhai sembahanku...
Aku harap engkau maafkan permintaanku ini..
Balasan Syurga yang kekal tambahan nikmat dariMu..
Aku telah bermaksiat padaMu wahai Tuhanku..
Namun Engkau masih berlaku lembut padaku..
Engkau tutup aib aku sedangkan aku hambaMu yang derhaka..
Sungguh Engkau maha pengampun lagi maha mencintai wahai Rabb...
Malah maha penyayang kepada seluruh makhluk dan hamba2Mu..
Aku harap Engkau terima taubatku...
Aku datang menemui wahai Pencipta dengan air mata ini..
Dan air mata penyesalan ini setiap saat akan bertambah...
Jika Engkau maafkan aku maka itulah hari kemenangan buatku😭😭😭😭😭😭😭

Saturday, 23 July 2016

Anak Muda Bantah Hendonisme

Pihak PERMAI menolak sekeras-kerasnya penganjuran konsert artis antarabangsa, Selena Gomez yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini serta turut mengecam sikap materialistik penganjur konsert yang mempromosikan hedonisme Barat.

Program ini dapat menyifatkan bahawa penganjur seperti kapitalis yang menjadi kaya raya dengan menjual racun untuk membunuh akhlak, merosakkan pemikiran dan masa berharga anak muda di Malaysia.

Pihak penganjur langsung tidak memikirkan kesan sosial dan akhlak di kalangan mahasiswa dan belia di Malaysia.

“Sikap materialistik penganjur konsert ini dikecam sekeras-kerasnya, di mana syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan berlipat ganda dari penjualan tiket dan penajaan yang boleh mencapai kutipan dan penajaan jutaan ringgit!

“Mereka tidak sensitif dengan rakyat Malaysia yang menolak konsert hiburan yang membuang masa, merugikan wang ringgit dan tidak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan sahsiah rakyat Malaysia!

“Sudahlah mengaut keuntungan, mereka tidak peduli apa jadi pada anak bangsa, konsert ini juga dikhuatiri mencemarkan kemuliaan bulan Syawal kerana konsert berkenaan mencampurkan lelaki dan perempuan dengan hiburan yang melampau.

“Lupakah kita pada kes kematian akibat pengaruh dadah, artis Kpop yang memeluk dan mencium anak gadis Melayu, yang berlaku ketika konsert-konsert hiburan berlangsung?

“Pihak penganjur dan Selena Gomez perlu menghormati pendirian dan prinsip rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak bersetuju konsert ini diadakan di negara ini,” 

Pihak kami menyeru supaya rakyat Malaysia terutama sekali mahasiwa/siswi yang beragama Islam untuk melihat situasi ini dalam konteks kesan jangka masa panjang kepada generasi muda Malaysia.

“Marilah kita berfikir lebih jauh dari kepentingan diri dan kehendak peribadi, dan memikirkan akibatnya kepada masyarakat, negara dan generasi akan datang.

“Konsert ini bukan yang terakhir, jika kita tidak bertindak, ia akan diteruskan dengan pelbagai konsert-konsert hiburan lain yang akan berterusan melalaikan, merugikan masa dan wang ringgit anak muda Malaysia.

“Tunjukkan solidariti menolak penganjuran konsert-konsert hiburan ini, kita ajar para kapitalis-kapitalis itu,
Malaysia bukan destinasi untuk Konsert Hiburan!

Atas dasar nahi mungkar, PERMAI turut memperkenalkan hashtag #AnakMudaBantahHendonisme
#SayNoToMaksiat
untuk menyeru semua umat Islam menolak pelaksanaan konsert yang bakal diadakan Isnin hadapan bersamaan 20 Syawal itu.
Mari share dan hashtag sebagai tanda solidariti bersama.



Friday, 15 July 2016

Friday, 8 July 2016

Bakti Siswa Raya ke-3

Alhamdulillah dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan mengenai sebahagian kisah raya di Mesir buat diriku yang first time beraya di luar negara. Carita yang ingin saya kongsikan adalah pada hari raya ketiga. Bermula jam area 5-6ptg dapat satu mesej yang ingin meminta bantuan dari sahabat-sahabat yang berkelapangan. Alhamdulillah masa tu kosong dan memang niat nak buat perkerjaan tersebut. Kalau sebelum ni pernah juga dapat task ni, tapi tak kesempatan untuk menolong. Maaf banyak-banyak.

Mesej tersebut memberitahu mencuci rumah sebanyak 2 buah iaitu yang terletak di belakang st. stresa(tak ingt jalan ape). Kami(sebahagian pelajar shoubra yang free) turut hadir membantu dan mengerah segala tenaga yang semaksima mungkin. Jam 9 malam mula sampai di rumah tersebut dan berakhir pada jam 1.15pagi 

Rumah yang kami ingin bersih ini adalah rumah akhawat. Jika sebelum ni, di shoubra hanya terdapat pelajar lelaki sahaja. Tetapi pada kali ini terdapat pelajar akhawat yang akan tinggal di Shoubra. Jadi tugas kami adalah membersih rumah yang "baru" itu setelah  berjaya dicari oleh unit perumahan. Perasaan ketika melihat keadaan rumah tersebut sunggup terkejut.

ruang tamu yang ditinggalkan. atas lantai tersebut ada air.

keadaan bilik yang ditinggalkan untuk kami bersihkan. banyak habuk.

keadaan bilik yang ditinggalkan untuk kami bersihkan

ruang dapur yang ditinggalkan untuk kami setelkan.
dinding tu mudah jatuh bahannya


dinding pecah dan mudah jatuh simennya ke bawah. 


Jadi beginilah keadaan rumah yang akan kami duduk. Untuk makluman rumah ni je yang mampu kerana disebabkan beberapa faktor antaranya kewanagan dan lain-lain. 

Cuma suka untuk saya ceritakan bahawa terdapat banyak perbezaan diantara cara  orang melayu beri sewa(di malaysia) dan cara arab beri sewa. 
Antaranya(hanya untuk rumah ni, rumah lain tak tahu):-

Rumah yang beri dalam keadaan.......
Sampah terlalu banyak dalam rumah..
Tempat buang sampah jauh dan kami sendiri kene pergi buang..

Tetapi perkara ini bukanlah menjadi alasan yang kuat untuk kami tidak kuat untuk belajar. "Cuma inilah rumah kami sementara"..