Posts

Showing posts from August, 2015

Kursus BTN

Image
Pada 24 Ogos 2015 bermula program yang kebiasaan pada masa kini pelajar luar negara akan pergi untuk sambung belajar iaitu program Biro Tata Negara.  Program ni bermula pada jam 1.30 pm iaitu dengan pendaftaran peserta. Peserta yang terlibat ialah dari kalangan pelajar yang akan pergi ke Mesir. Seramai 102 orang termasuk lah peserta muslimat. BTN ni berlangsung di Kursus Kepimpinan IM4U Meru, Klang. Kem ni berlangsung selama 5 hari dan diakhiri pada 28 Ogos 2015 hari jumaat. Biasalah kursus ni tekan mengenai kerajaan sekarang dan kepentingan tanah melayu dan bla bla bla.... tapi bile dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan setiap kumpulan tu seorang fasilitator. Kumpulan kami terdiri dari 11 orang peserta iaitu 9 lelaki 3 perempuan. fasilitator kami dr kalangan peguam dan banyk cerita mengenai perlembagaan undang, kritik kerajaan sekarang, soal jawab isu semasa. Gambar atas ni pula ditangkap ketika kami sedang berlakon dan disombolkan sebagai tugu negara dikatekan. Ni pula ga

Think positif

Image

jalan pendakwah berliku-liku

Dua tiga minggu ni berlaku peristiwa yang amat menggerunkan. apa tidaknya..peristiwa ini mungkin akan menyebabkan diri ni dah tiada lagi di muka bumi ni. Peristiwa yang bermakna dan perlu diambil perhatian buat diri ini. ketiga-tiga peristiwa ni berlaku jugak pada teman ku, sebab kemana dia jadi driver, aku jadi co-pilor. Peristiwa pertama berlaku setelah balik dari lipis. Setelah menghantar sahabat di area BALOK, maka kami berdua meneruskan perjalanan pulang ke destinasi iaitu di rompin dan pekan. pada masa tu lau tak silap aku pada jam 12-1 pagi. hujan renyai-renyai ketika itu. tatkala mengambil jalan untuk masuk ke highway kami secara "automaticnya" kereta kami berpusing2 di atas jalan raya dan akhirnya tersangkut di longkang kecil. nasib baik lah ade longkang kecil yang menjadi asbab kami masih hidup. Persitiwa berlaku ketika mana kami pulang dari Temerloh. Jalan yang kami lalui ini adalah jalan lama. Tatkala leka memandu, tiba-tiba kami terpandang rakan kami yang menaiki

Saat berjumpa pasti akan berpisah

Image
pada 1 oktober 2014 tibalah saatku untuk mengajar di sebuah masjid abu bakar mentakab, temerloh. Pada ketika itu niatku hanyalah untuk memenuhi ruang masa dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat. walaupon ilmuku tidak mencukupi, mudah-mudahan ia akan bertambah selepas mengajar. teringat pula yang ulama' dahulu sentuasa duduk di tiang-tiang masjid untuk mengajar tanpa meminta satu sen pon daripada orang yang ingin belajar bersamanya. Alhmadulillah ramai jugak yang turut hadir belajar bersamaku ketika aku berada di masjid itu. setelah berada di dalam masyarakat barulah aku sedar bahawa sebenarnya masyarakat memerlukan golangan yang mampu membimbing mereka.  Namun tak sampai 1 tahun usia ku mengajar, aku telah di tawarkan untuk sambung belajar ke peringkat ijazah dalam bidang ilmu qiraat di shoubra. terpaksalah bagiku untuk meninggalkan suasana menjadi guru kepada suasana menjadi pelajar. walaupon berat untuk ku tinggalkan, namun terpaksa aku pergi untuk menambah ilmu dan demi untuk ma

Bentuk dajjal yang sebenar

IRSYAD FATWA KE-79: BENTUK DAJJAL YANG SEBENARNYA ( Pautan rasmi ke laman web Irsyad Fatwa PMWP:  http://goo.gl/ Vz7vmh  ) SOALAN Bagaimanakah rupa bentuk Dajjal yang sebenarnya? JAWAPAN Dalam menjawab isu ini, kami kemukakan pandangan Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya: Dajjal adalah fitnah yang amat besar (ujiannya )sehingga Rasulullah SAW sering membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah SAW pada setiap solat (setelah tahiyat akhir) membaca: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا، وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مَنَ الْمَاْثَمِ وَالْمَغْرَمِ Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mat

Poster ijtima' tarbawi

Image
akhirnya berjaya jugak siapkan poster pertama utk ijtima tarbawi. berbekalkan beberapa minit alhirnya siap jugak.

canon eos1100d

Image
di saat kesibukan teman-teman memanah dan bersiap untuk bergambar, mencuri(snap) gambar adalah perbuatan ku tanpa disedari..

Nik Bakri Nik Mat

RISALAH  TARBIYAH "MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN MEMBEBASKAN KEKELIRUAN" 1 - PAS : JAMAAH ISLAM/GERAKAN ISLAM BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK Pas adalah sebuah Jamaah Islam atau Gerakan Islam yang mana: Dasarnya adalah Islam. Perjuangan adalah Islam. Gerak kerja atas nama Islam. Rujukannya adalah Al-Quran, Sunnah , Ijmak & Qias. Pas bukan semata-mata parti politik. Pas bergerak sebagai sebuah parti merupakan sebagai wasilah/pedekatan utama guna mendapatkan kuasa untuk Islam. Jangan sesekali terlupa atau keliru. Tidak ada istilah Islam Progresif kerana ghairah berpolitik. Islam adalah Islam. 2. HIDUP BERJUANG VS HIDUP BERPOLITIK Keberadaan atau Intima' (Penyertaan) dalam PAS adalah untuk memastikan kita melalui hidup dalam perjuangan Islam atau dengan kata lain 'Hidup Berjuang'. 'Berjuang Untuk Islam. Keberadaan atau Intima (penyertaan) kita dalam PAS bukan semata-mata untuk berpolitik atau 'Hidup Berpolitik'. Politik bukan kehidupan untuk pejuang Islam.

Dr Riduan Mohamad Nor

PAS DAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA INI Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor PAS telah menyertai pilihan raya umum kali pertama yang diadakan pada 27 julai 1955 di mana PAS telah meletakkan 11 calonnya untuk bertanding. PAS dalam pilihan raya ini sebagai sebuah parti politik telah mengemukakan manifestonya kepada rakyat dalam tawaran pelajaran dan pendidikan PAS telah menawarkan: 1. Mengambil langkah supaya setiap kanak-kanak mendapat pelajaran percuma yang bersesuaian dengan kemajuan. 2. Pelajaran agama Islam hendaklah diberikan kepada kanak-kanak beragama Islam. 3. Berikhtiar sepaya pemerintahan dapat mengadakan sekolah-sekolah  dewasa dengan beberapa segera, terutama pada bahagian pertukangan dan ekonomi. 4. Berikhtiar dan berusaha supaya sekolah-sekolah  melayu yang ada sekarang ini menjadi pokok bagi sekolah negara dengan memperluaskan dan meninggikan tingkatan darjah pelajarannya bersesuaian dengan dasar negara. 5. Berikhtiar mengambil perhatian yang berat terhadap

Rancangan Amerika

Image
TULISAN MAJALAH MUJTAMA' TAHUN 2007 MENDEDAHKAN RANCANGAN AMERIKA MEMPERBANYAKKAN KUMPULAN ISLAM DI MALAYSIA. Sila rujuk teks asal dalam bahasa Arab di majalah مجتمع bertarikh 5/5/2007. Ketetapan RAND terkini: Selepas pengeboman 11 september 2001 masehi, satu rangka strategi keamanan nasional Amerika telah disempurnakan pada tahun 2002 masehi yang menggariskan "punca ancaman yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat dan cara-cara mengatasinya". Rangka strategi ini menekankan berkenaan "faktor-faktor suasana dalaman negara-negara lain yang diktator, terutamanya dunia arab dan dunia Islam yang menghalakan keekstreman dan kebencian terhadap Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, Presiden Amerika Syarikat yang akan datang mestilah menumpukan perhatian kepada 'agenda pembebasan' atau dikenali sebagai 'strategi sebar dan mewajibkan perlaksanaan demokrasi' ke atas dunia Islam. Strategi ini mengandungi pengaktifan pusat-pusat kajian kelolaan Amerika Syarikat di

Kursus Intensif Persediaan ke Timur Tengah

Image
Hari ini 11/8/2015 bermulanya kursus intensif bagi diriku yang akan berangkat ke timur tengah. Peserta yang terdiri dari kalangan seluruh negeri. Kursus ini bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah dan akan berakhir pada 13/8/2015. Peserta paling ramai kali ini adalah peserta muslimin. Manakala peserta muslimat agak kekurangan. Peserta muslimin akan pergi ke shoubra dan peserta muslimat pula akan meneruskan pengajian di mansuroh. Pengajian yang akan kami ambil ialah pengajian qiraat. Antara yang ditekankan dalam kursus ini adalah bahasa arab ammi, suasana di Mesir, talaqqi al-quran dan ilmu-ilmu lain, politik di mesir, halangan di mesir, cara berkomunikasi dengan emigrisen dll. Antara penyampai yang menyampai slot-slot ceramah ialah pensyarah Darul Quran, pelajar lepasan Shobro dan pegawai-pegawai yang menguskan kami.   Moga yang ini terus istiqamah sampai tamat pengajian. Terima kasih kepada skuat Smutem yang menguruskan segala perjalanan dan urusan kami sebelum kami berangkat ke