Nik Bakri Nik Mat

RISALAH TARBIYAH

"MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN MEMBEBASKAN KEKELIRUAN"

1 - PAS : JAMAAH ISLAM/GERAKAN ISLAM BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK
Pas adalah sebuah Jamaah Islam atau Gerakan Islam yang mana: Dasarnya adalah Islam. Perjuangan adalah Islam. Gerak kerja atas nama Islam. Rujukannya adalah Al-Quran, Sunnah , Ijmak & Qias. Pas bukan semata-mata parti politik.
Pas bergerak sebagai sebuah parti merupakan sebagai wasilah/pedekatan utama guna mendapatkan kuasa untuk Islam. Jangan sesekali terlupa atau keliru.
Tidak ada istilah Islam Progresif kerana ghairah berpolitik. Islam adalah Islam.

2. HIDUP BERJUANG VS HIDUP BERPOLITIK
Keberadaan atau Intima' (Penyertaan) dalam PAS adalah untuk memastikan kita melalui hidup dalam perjuangan Islam atau dengan kata lain 'Hidup Berjuang'. 'Berjuang Untuk Islam.
Keberadaan atau Intima (penyertaan) kita dalam PAS bukan semata-mata untuk berpolitik atau 'Hidup Berpolitik'. Politik bukan kehidupan untuk pejuang Islam. Islam adalah kehidupan. Jangan sesekali hidup hanya untuk berpolitik. Hidup Untuk Islam.

3. AGENDA PERJUANGAN VS AGENDA POLITIK.
PAS mempunyai agenda perjuangan Islam yang bersifat At-Thawabit (Dasar-Dasar Yang Tetap) yang tidak boleh/tidak akan berubah iaitu menegakkan sebuah 'Negara Islam' demi melaksanakan 'Syariat Islam' Harus mengunakan slogan 'Negara Berkebajikan' tanpa merubah agenda perjuangan yang asal iaitu menegakkan Islam.

PAS akan menerima dan meraikan agenda politik ke arah melaksanakan Syariat Islam. Sekiranya agenda politik bukan ke arah pelaksanaan Syariat Islam atau menyampingkan Syariat Islam maka iannya bercanggah dengan dasar perjuangan PAS. Fahamilah politik kepartian itu sendiri adalah perkara mutaghayyirat.( perkara yang berubah/tidak tetap)

4. AKIDAH PERJUANGAN VS AKIDAH/KEPERCAYAAN POLITIK
PAS bergerak dalam semua usaha perjuangan Islam atas asas 'Akidah Perjuangan iaitu 'Akidah Tauhid'. Tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara yang akan membawa kepada syirik atau perkara yang akan merosakan atau menjejaskan iman serta akidah perjuangan. "Kemenangan Adalah Daripada Allah. Segala Usaha, Strategi, Perancangan Semuanya Atas Izin Dan Kehendak Allah.

PAS tidak menafikan sebarang bentuk perancangan, strategi, persepsi dan sebagainya semua perkara tersebut adalah wajib dan mesti dibuat dan diambil kira. PAS juga tidak menafikan bantuan rakan2 pakatan serta kaum bukan Islam terutama DHPP.
Namun mempercayai, bergantung, apatah lagi berpegang bahawa dengan perkara tersebutlah kita mendapat kemenangan ianya akan menjejaskan keimanan dan menafikan konsep tauhid dalam Akidah Perjuangan.

5 . MATLAMAT PERJUANGAN VS MATLAMAT POLITIK
PAS atas dasar Islam mempunyai matlamat yang amat jelas. Melalui ajaran Islam ianya menggariskan tujuan atau matlamat secara ringkas :
Wasilah : Politik/Tahaluf/Strategi
Hadaf/Sasaran :Menguasai Negeri/Putrajaya
Gharad/Tujuan : Menegakkan Islam
Ghayah/kemuncak Matlamat : Allah/Redha Allah (Allahu Ghayatuna).

PAS tidak menafikan antara sasaran kita ialah menguasai putrajaya dengan cara menumbangkan UMNO BN. Putrajaya dikuasai bukan hanya untuk menumbangkan UMNO BN bahkan dengan tujuan untuk menegakkan Islam. Maka slogan 'Membangun Bersama Islam' yang dicanangkan oleh Allahyarham TGNA mesti sentiasa dihayati bukan mencari kemenangan dengan menyampingkan sesuatu yang menjadi dasar perjuangan. Hudud dll.

6 . NIAT PERJUANGAN & NIAT POLITIK
PAS sebagaimana yang diajar oleh Islam sentiasa mengingatkan agar sentiasa tajdid niat (memperbaharui niat dalam perjuangan). Ikhlas & Benar niat dalam perjuangan ini 'Hanyalah Ingin Menegakkan Kalimah Allah Kerana Allah' Allah sedang berinteraksi dengan para pejuang melalui seketul hati yang hanya untuk Allah.

PAS tidak menafikan bahawa niat untuk menumbangkan kezaliman dan membela hak rakyat dengan cara menumbangkan UMNO BN itu betul tetapi ianya mesti diletakkan semuanya kerana Allah, kerana ingin menegakkan Islam. Kerana seluruh perjuangan ini sedang dinilai oleh Allah. Nilainya pada hati seorang pejuang.

Risalah ini atas nama Tarbiyah Aqliyyah agar aqal kita faham dengan jelas dan tidak keliru tentang 'Hakikat Perjuangan' juga sudut Tarbiyah Qalbiyyah agar hati kita tetap dalam 'Akidah Perjuangan'.

DAN

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Naib Ketua DUPNS/
Pengerusi Tarbiyah DUPNS.

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran