Posts

Showing posts from September, 2015

Tinta Pena 1

Kenapa perlunya kepada menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran? Apakah zaman kini perlunya kepada dakwah ini sedangkan telah sedia ada media sosial yang boleh kita sampaikan risalah ini.  Sebelum menceritakan terlebih lanjut, marilah sama-sama kita cuba untuk merenung keadaan di sekeliling kita. Rumah tangga, rakan-rakan, saudara-mara, dan jiran-jiran kita. Apakah mereka semua dalam keadaan baik atau pon dalam keadaan solat berjemaah sentiasa di masjid-masjid atau surau? Adakah kehidupan mereka senang atau pon susah? Adakah mereka tidak melakukan pekerjaan yang melalaikan? Adakah mereka sentiasa menutupi aurat?  Semua ini perlulah kita ambil cakna dan ambil berta akan semua ini. Sebab ini semualah yang akan mententeramkan kehidupan kita diatas muka bumi. "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" jika kita mengangap kita adalah seorang mukmin dan mengerti apa kelebihan yang diperolehi oleh orang mukmin itu sendiri, nescaya kita perlulah mengambil berat akan se

Plan on the spot

Image
Hari sabtu jam 1.00 petang perjalanan ke 10 dengan menaiki metro dan bas. Yang bawak kami bertiga waktu tu adalah akh muammar iaitu pelajar yang baru sampai sebulan lebih dari kami. Dia ni datang dari sabi' dan pergi ke shoubra untuk ambil kami disini. Dan setelah berjumpa di Masjid Khazandarah kami pon bertolak dengan menaiki metro di Rog Al-faroug.  tambang merto segenih. Kami turun di syahadah dan menaiki bas ke 10. seusai sampai sahaja kami terus solat asar di masjid dan terus pergi ke rumah pahang untuk berjumpa dengan ceo mtnp. tu gambar kat rumah tamu iaitu rumah ceo kami tinggal di 10. Perjumpaan tersebut lebih kepada macam mana kehidupan kami di shoubra dan kewangan kami di sana.  Gambar tu adalah semuanya bekas mtnp. ada yang lepasan spm dan lepas diploma mtnp. seusai perjumpaan selespas magrib, kami diberi sedikit $ untuk makan malam. (dalam hati cakap: aku dah lah oder dgn teman seperjuangan untuk makan di rumah beliau).  Selepas siap semuanya barul

khalaf awi

Alhamdulillah sudah seminggu lebih kat bumi mesir ni. Macam-macam perubahan ataupon kejutan budaya yang aku hadapi. Namun kejutan tu bukan lah bermaksud aku tak boleh nak hidup kat bumi orang. Cuma nya mengambil masa untuk menyuaikan diri dengan tempat ini. Banyak perbezaan yang ketara berlaku disini. Antaranya penduduk mesir yang begitu ramai. Jika nak dibandingkan dengan Malaysia mmg tak lah. Kalau tengok kat metro mesir ni mmg ramai orang arab. kalau kat kl sentral tu sikit lagi if nak bandingkan dengan mesir lah. kat mana-mana mesti ramai orang arab kat mesir ni.  Perbezaan yang kedua pula ialah persekitaran dia. selalu jugak aku dengar orang kata orang islam kat mesir ni tak bersih lah dan lain-lain lagi lah..bagi pendapat aku mungkin berbeza sikit lah. Apabila pemimpin itu baik, maka baiklah, apabila buruk maka buruklah rakyatnya. dan kat mesir ni pon bukanlah seratus peratus penduduknya islam, ade juga yang kristian. itu kene tahu juga. jika ade kemudahan-kemudahan yang mencukup

canon eos 1100d

Image

ijtima antarabangsa 2015

Image

suatu masa dahulu

Image

Sampai di Mesir

Image
Jam 12.15  tengah hari waktu Amman bermulalah penerbangan kami ke bumi mesir. perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke bumi mesir. setelah selamat take off, dihidangkan pula sedikit makanan tapi bukan nasi lah.. Gambar ni adalah pemandangan di bumi mesir. Setelah hampir setengah jam kami telah sampai di airport cairo dan kami terus masuk dan beratur untuk sesi emigrisen. setelah berjaya, kami terus ambil beg bagasi dan terus sahaja berkumpul di luar airport untuk pergi ke shoubro. Rombongan yang ambil kami ialah pelajar shoubro dibawah persatuan PMRAM. Setelah meletakkan bagasi ke dalam lori kami dibahagikan kepada 2 group iaitu satu group naik bas dan satu group naik van. Alhamdulillah semuanya selamat sampai di markaz shoubro. 

transit di Amman

Image
8/9/2015 bermula lah perjalananku ke semenyih parkland utk bermalam dahulu di situ. Rumah yang sering keluargaku di pekan dan kawan-kawan transit untuk merehatkan diri. Aku dan keluarga sampai di semenyih parkland pada  jam 1.45  pagi iaitu pada 9/9/2015.  Setelah dapat merehatkan badan selama 3 jam, kami sekeluarga bergegas siap untuk bertolak ke darul quran kuala kubu. Kami keluar rumah pada jam 5.30pagi. Antara sebab kami sekeluarga keluar awal adalah kerana risau akan kesesakan jalan di kuala lumpur. Kami juga bersolat subuh di salah sebuah petronas. Setelah itu kami terus menyambung perjalanan ke darul quran untuk ke majlis keraian sebelum kami berangkat ke airport. Setelah sampai di area darul quran kami terus mencari kedai makan dan akhirnya jumpa walaupon tersilap singgah kedai makan.  Pada jam 8.45 pagi kami bersiap di masjid darul quran dan bergegas siap ke dewan multamar untuk sesi timbang barang dan penyerahan beg bagasi serta mengikuti majlis di dalam dewan.