Dusturuna-tinta pena(1)
Al-Quran Al-Quran adalah kitab Allah S.W.T yang agung. Sebelum turunnya Al-Quran terdapat 3 kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa dengan Kitab Taurat, kepada Nabi Zabur dengan Kitab Zabur, kepada Nabi Isa dengan Kitab Injil. Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi S.A.W iaitu nabi yang terakhir. Tiada nabi yang terakhir melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran Nabi telah diceritakan di dalam kitab yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang nabi yang mulia. Al-Quran diturunkan di dalam bahasa arab dan telah diturunkan di sekitar Negara Arab. Turunnya Al-Quran di sekitar Negara arab adalah mempunyai sebab dan manfaat. Al-Quran tidak diturunkan begitu sahaja tanpa sebarang sebab atau pun cerita. Seperti contoh, turunnya Al-Quran di sekitar Arab adalah kerana penduduknya yang telah banyak melakukan kezaliman iaitu membunuh anak-anak perempuan kerana masyarakatnya mempercayai bahawa anak perempuan membawa kepada perkara yan