Posts

Showing posts from February, 2016

Photoshop 02

Image
Hari ni sudilah saya share kepada pembaca sekalian mengenai kelebihan-kelebihan menggunakan Adobe Photoshop. Seperti sedia maklum bahawa setiap benda yang ada di bumi ini pasti ada manfaatnya contoh mudah kereta. tidak diciptakan kereta itu hanya untuk perkara sia-sia sahaja. contoh lain dan yang paling dekat adalah diri kita. Allah cipta diri kita bukan sekadar cipta sahaja. Semuanya ada matlamat masing-masing. allah cipta diri kita adalah kerana allah ingin kita beribadat kepadanya. Dan sudah pastilah kita sebagai hamba haruslah mentaati perintah allah yang menciptakan diri kita ini. Dan harus kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi apa-apa jika sekiranya kita tidak mentaatiNya, bahkan kita sebenarnya yang rugi. Kembali semula kepada Adobe Photoshop, Sebelum kita menggunakannya kita kena tahu apa matlamat dan tujuan kita untuk menggunakannya. Sebab jika kita tersalah langkah, maka kita akan jadi sebaliknya. Sudi lah saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai niat kit

Kalam Tarbiah 01

Syeikh Ahmad Yassin telah ditanya oleh seseorang individu mengenai apakah bantuan yang kami perlu bantu terhadap tentera Hamas di Palestine. Maka Syeikh menjawab dengan memberitahu kepadanya bahawa kamu tidak perlu datang ke tempat kami, cukuplah kamu lawan ditempat kamu sahaja. Jika kamu berjaya menumbangkannya maka musuh ditempat kami juga akan turut tumbang. Sebab kami lawan ibu dan kamu lawan anak-anaknya. Jika kalah anak-anaknya, maka ibunya akan turut kalah. Syed Qutub merupakan seoarang pejuang syahid dan pejuang yang begitu hebat. Kalam Syed Qutub tatkala diminta untuk menandatangani satu kertas lalu ia memberitahu bahawa tidak layak bagi tangan ini yang selalu bersaksi dua kalimah syahadah ini tunduk kalah kepada menandatangani ini. Syed Qutub dan beberapa orang dikalangan Ikhwan Muslimin telah dipenjarakan oleh Presiden Nasser. Tatkala ia berada didalam penjara, beliau telah mencipta satu bait syair yang bertajuk Akhi. Dan pada ketika beliau dihukum gantung, beliau telah

Saufa Nabqo Huna

Image
Allahu Akhbar... Betapa syahdunya mendengar alunan lagu ni. Bergemang bulu roma saat mendengarnya.Pernah sekali saya post di Facebook. Terkejut apabila banyak notification masuk dan ramai yang add saya. mula-mula agak pelik kenapa ramai yang add ni?? mungkin kah mereka rasa apa yang saya rasa? atau macam mana?. Boleh saya katakan 2-3 minggu tidak henti-henti orang add dan share sesama mereka. Namun saya rasa memang betul apa yang mereka rasa turut dirasai oleh saya. lagu ni memang ada power die. Disebabkan lagu atau lirik nya dah power, maka apabila dinyanyikan oleh orang yang menjiwainya maka akan terserlah lah kesyahduannya itu. Sedikit perkongsian mengenai lagu ni. Lagu ni telah dinyayikan oleh Adil Al-Mesyetiy iaitu seorang dari Libya. beliau juga merupakan seorang doktor dan ahli politik. Disebabkan beliau mempertahankan negara dan hak rakyat, maka beliau pernah dipenjarakan. Beliau dipenjarakan oleh rejim Ghadafi pada tahun 1996. beliau menyanyikan lagu ni dalam pen

Photoshop 01

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian mengenai satu aplikasi iaitu yang diberi nama Photoshop.. Aplikasi ni saya kenal ketika dibangku Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Dan ketika itu juga saya sudah mempunyai akaun facebook. Setelah asyik scroll facebook dan kelihatan hati tertarik kepada design atau reka bentuk poster-poster/banner dan gambar-gambar yang telah diubah suai kepada bentuk yang menarik. Diantara masa kosong yang saya buat iaitu setelah mengulang Al-Quran, saya sering melihat dan mengkaji satu persatu aplikasi apa yang digunakan untuk edit gambar. Setelah bertanyakan kepada orang yang arif dalam bab komputer maka terjumpalah satu aplikasi yang hebat iaitu aplikasi Photoshop. Apa yang diberitahu kepada saya adalah aplikasi ini adalah dasar kepada aplikasi-apliksi yang lain dengan maksud lain: Aplikasi Photoshop adalah yang terawal muncul. Ketika di semester 5 (hujung 2013), kami semua dibenarkan bawa

Kembara Syitaie 2016

Image
Alhamdulillah.. Beberapa hari lepas telah berjaya satu misi iaitu rehlah/berkunjung/melawat beberapa tempat yang menarik di bumi Mesir ini. Sebenarnya Rehlah ini amatlah perlu pada individu seseorang supaya diri kita ni dapat melihat ciptaan Allah atau perbezaan kaum atau persekitaran masyarakat dan lain-lain. Pernah terpikir juga kenapa kita perlu melawati atau pergi ke negara orang lain. Antara jawapan yang aku jumpai ialah kerana biar kita tahu dimana sebenar kedudukan negara kita atau persekitaran kita atau perkara-perkara kebaikan yang tiada didalam negara kita. Jadi hari ni, ana nak kongsikan sedikit sebanyak pengembaraan pada kali ini iaitu di sekitar Mansurah, Dumyat dan Port Said. Sejarah ringkas Mansurah:- Mansurah adalah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali dengan sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benu

Ucapan TG Hj Abd Hadi Awang di Majlis Makan Malam Amal Bersama Presiden

Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat islam yang tak boleh dibandingkan dengan nikmat yang lain. Selepas itu menjadi kewajipan kita mengajak manusia itu kepada Islam. Manusia sama ada orang yang dah islam, tetapi meninggalkan islam kerana kejahilan dan lekanya. Dan orang yang bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Nabi kita Muhammad S.A.W yang diutuskan menjadi rasul kepada seluruh manusia. Pendekatan dakwah itu bukan sahaja melalui ucapan, termasuklah kerja-kerja amal, kerja-kerja kebajikan. Merupakan salah satu bahagian yang penting di dalam amal islam. Sejarah islam dibuktikan, banyak orang-orang menerima Islam dengan mudah kerana hasil amal-amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang menyampaikan Islam pada zaman dahulu. Bila mereka masuk ke negeri-negeri bukan Islam yang penuh dengan kezaliman, penuh dengan kejahatan, penuh dengan kemungkaran, mereka datang dengan akhlak yang baik hendak menunjukkan kerja-kerja kebajikan  pada rakyat yang

Kalimah yang harus dimulakan

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah, puji-pujian yang berhak diberikan kepada Allah yang menciptakan segala isi yang ada di segenap alam yang luas ini. Suka untuk ana kongsikan kepada para pembaca sekalian. Bukanlah berhasrat ingin mengajar tapi ingin berkongsi kepada semua. Sebelum ana meneruskan kalam-kalam yang akan diupdate pada masa-masa yang akan datang sudilah ingin berkongsi mengenai kalimah yang sepatutnya dimulakan dalam percakapan atau penulisan. Kalimah ini adalah kalimah yang sangat besar sehinggakan jika kita lihat dalam buku-buku yang ditulis oleh ulama dan kadang-kadang kita sering mendengar dari penceramah iaitu kalimah Bismillahirrahmanirrahim, kalimah Alhamdulillah serta selawat kepada Rasulullah. Perkara ini mungkin baru bagi ana yang baru belajar dan mungkin sudah lama bagi kalian. cuma niat hanya ingin berkongsi kepada pembaca. Kalimah Bismillahirrahmanirrahim ialah satu kalimah yang sangat bermakna bahkan dituntut dalam agama I