Bakti Siswa Raya ke-3

Alhamdulillah dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan mengenai sebahagian kisah raya di Mesir buat diriku yang first time beraya di luar negara. Carita yang ingin saya kongsikan adalah pada hari raya ketiga. Bermula jam area 5-6ptg dapat satu mesej yang ingin meminta bantuan dari sahabat-sahabat yang berkelapangan. Alhamdulillah masa tu kosong dan memang niat nak buat perkerjaan tersebut. Kalau sebelum ni pernah juga dapat task ni, tapi tak kesempatan untuk menolong. Maaf banyak-banyak.

Mesej tersebut memberitahu mencuci rumah sebanyak 2 buah iaitu yang terletak di belakang st. stresa(tak ingt jalan ape). Kami(sebahagian pelajar shoubra yang free) turut hadir membantu dan mengerah segala tenaga yang semaksima mungkin. Jam 9 malam mula sampai di rumah tersebut dan berakhir pada jam 1.15pagi 

Rumah yang kami ingin bersih ini adalah rumah akhawat. Jika sebelum ni, di shoubra hanya terdapat pelajar lelaki sahaja. Tetapi pada kali ini terdapat pelajar akhawat yang akan tinggal di Shoubra. Jadi tugas kami adalah membersih rumah yang "baru" itu setelah  berjaya dicari oleh unit perumahan. Perasaan ketika melihat keadaan rumah tersebut sunggup terkejut.

ruang tamu yang ditinggalkan. atas lantai tersebut ada air.

keadaan bilik yang ditinggalkan untuk kami bersihkan. banyak habuk.

keadaan bilik yang ditinggalkan untuk kami bersihkan

ruang dapur yang ditinggalkan untuk kami setelkan.
dinding tu mudah jatuh bahannya


dinding pecah dan mudah jatuh simennya ke bawah. 


Jadi beginilah keadaan rumah yang akan kami duduk. Untuk makluman rumah ni je yang mampu kerana disebabkan beberapa faktor antaranya kewanagan dan lain-lain. 

Cuma suka untuk saya ceritakan bahawa terdapat banyak perbezaan diantara cara  orang melayu beri sewa(di malaysia) dan cara arab beri sewa. 
Antaranya(hanya untuk rumah ni, rumah lain tak tahu):-

Rumah yang beri dalam keadaan.......
Sampah terlalu banyak dalam rumah..
Tempat buang sampah jauh dan kami sendiri kene pergi buang..

Tetapi perkara ini bukanlah menjadi alasan yang kuat untuk kami tidak kuat untuk belajar. "Cuma inilah rumah kami sementara"..

Comments

  1. Sabo je la.. Shoubra bandar lama,, rumahnya pun lama-lama..

    ReplyDelete
  2. huhu..boleh tahan mengemasnyer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran